AkarDya Solution (satu divisyen di bawah AkarDya Technology, ditubuhkan pada tahun 2010) hasil daripada gabungan sekumpulan profesional muda yang percaya usaha bersama untuk pembangunan perniagaan itu lebih baik daripada usaha individu.
Kami adalah penyelesai perkhidmatan perunding perniagaan di mana perkhidmatan yang disediakan adalah menyeluruh. Selain daripada perkhidmatan pengurusan perakaunan, pengalaman kami membolehkan AkarDya Solution untuk menyediakan perkhidmatan lain seperti perundingan perniagaan, perkhidmatan pengurusan dokumen perniagaan, perundingan perisian perakaunan dan latihan, perkhidmatan pendaftaran Kementerian Kewangan, pendaftaran Trade Mark (TM), dan lain-lain.
Kami percaya bahawa pengalaman kami yang luas dalam berhubung dengan pelbagai agensi kerajaan dan sektor swasta seperti Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Kementerian Kewangan, MIDA, SMIDEC, MARA, CIDB, SME Bank dan institusi kewangan lain, dan sebagainya, akan menyumbang secara positif untuk memenuhi keperluan pelanggan-pelanggan..
Apa yang kami boleh bantu anda, dan perniagaan anda?